“Kita Akan Bermesyuarat Hari Ini Dengan 30 Ahli Parlimen BN” – Ahmad Maslan

Politics
21 Nov 2022 • 12:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Masih lagi panas dengan kemelut politik yang melanda tanah air kita dan baru-baru ini, ahli parti Barisan Nasional, Ahmad Maslan berkata pihak mereka akan mula mengadakan mesyuarat.

Menurut beliau, pemenang bagi 30 kerusi Parlimen dari Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke 15 akan bermesyuarat pada hari ini.

Akta anti lompat parti

image is not available

Ahmad Maslan tidak memberi sebarang komen mengenai intipati bagi mesyuarat itu namun memaklumkan mereka akan berbincang mengenai akta anti lompat parti.

Kita akan bermesyuarat hari ini dengan 30 ahli Parlimen BN. Setiap parti ada antilompat parti, jadi kami akan membincangkan perkara itu, kena tunggu. – Ahmad Maslan

Selain itu, tumpuan pada hari ini turut terarah ke Istana Negara yang bakal menyaksikan ketua-ketua parti tampil dengan senarai gabungan parti bersama dengan individu yang mendapat kepercayaan wakil rakyat untuk menjadi Perdana Menteri.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.