“Kita ambil yang baik” – Aisha Retno Jawab Isu Pakaian PGLM Terlalu Seksi

LocalEntertainment
10 Aug 2026 • 12:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

aisha retno baju pgl seksi

Penampilan penyanyi Aisha Retno di pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila ada yang menyifatkan busana dipakainya sebagai terlalu seksi.

Bagaimanapun, Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulizan, 26, memilih untuk tidak melatah sebaliknya menerima setiap teguran dan pandangan netizen secara positif.

Beliau yang bakal membintangi pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) juga terbuka untuk memperbaiki segala kekhilafan yang berlaku.

“Sejak mula saya menyertai uji bakat teater muzikal ini pun, saya sudah bertanya tentang pemakaian PGLM ini.

“Kita mengikut cabang seni daripada perspektif teater muzikal, namun sudah tentu apa yang diperkatakan netizen kita ambil yang baik.

“Kami hormat pendapat masing-masing dan insya-Allah kalau ada penambahbaikan kita akan lakukan daripada semasa ke semasa,” katanya.

@yes.its.ash.here

The moment the three puteris come together for BEHATI Puan Sri Tiara Jacquelina, Mila Mohsin and Aisha Retno embracing Puteri Gunung Ledang #puterigunungledang #aisharetno #tiarajacquelina #klfw #klfashionweek

♬ original sound – Ash stands for Ashraf – Ash stands for Ashraf

Dalam pada itu, Aisha menganggap pemerhatian daripada masyarakat sebagai antara risiko yang perlu diterima apabila memilih untuk bergelar seorang artis.

“Bagi saya semua orang berhak berkongsi pendapat masing-masing, lebih-lebih lagi apabila berada dalam industri seni ini, kita perlu terima setiap pendapat yang diberikan.

“Saya ambil yang baik saja, buang yang keruh. Mungkin platform ini boleh buka sedikit dimensi untuk teater muzikal, saya boleh katakan ini adalah sebahagian daripada seni,” jelasnya.

Artikel berkaitan: “She always believes in lifting people up” – Pujuk Peserta Big Stage, Tindakan Aisha Retno Dipuji Netizen

Artikel berkaitan: Tiara Jacquelina Dapat Tahu M. Nasir Terjumpa Puteri Gunung Ledang Sebenar Masa Pergambaran?

Mengulas mengenai pemakaian ketika pementasan PGLM kelak, Aisha berkata dia masih belum dapat berkongsi banyak perkara kerana dunia teater muzikal merupakan pengalaman baharu buat dirinya.

Terdahulu, Aisha tampil bersama penerbit, Puan Seri Tiara Jacquelina dan anaknya, Mila Mohsin, memperagakan busana asli daripada produksi teater muzikal berkenaan.

Namun, penampilan mereka bertiga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen apabila ada yang menganggap busana tersebut terlalu seksi sehingga menampakkan bahagian tubuh tertentu.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved