“Kita Boleh Jadi Wanita Menyayangi Tapi Jangan Bodoh..” – Bimbang Suami Curang Lepas Dapat Harta, Kieda Crepe Beri Nasihat

Family & Parenting
10 May 2024 • 11:22 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pempengaruh dan usahawan Kieda Crepe telah menghadiahkan suaminya, Muhammad Hilmi Mohd Zaki sebuah kereta sukan jenis Honda Civic FLR5 sempena hadiah hari lahirnya.

Bimbang suami curang

Selepas video tersebut tular, ramai yang mengingatkan usahawan ini bahawa meskipun isteri telah memberikan segalanya, suami tetap boleh berlaku curang terhadap isterinya.

Ada yang komen pada Kieda, ‘Beli kereta untuk suami, sayang suami tapi akhir sekali suami curang’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khalieda Yusra (@kiedx_)

Wanita perlu bijak

Menjawab dakwaan netizen itu, Kieda berkata isu curang itu merupakan pilihan individu itu sendiri. Dia turut beranggapan wanita di luar sana perlu bijak dalam berhadapan situasi seperti ini.

Tambah Kieda, sekiranya para isteri ingin menghadiahkan sebarang harta yang dibeli kepada suami, perlulah meletakkan diri sendiri sebagai penama untuk harta-harta tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Suami nak curang, itu pilihan dia.

 

Pilihan kita (isteri) ialah beli macam-macam dan beri pada dia tetapi harta benda letak atas nama kita siap-siap. Kita boleh jadi wanita yang menyayangi lelaki tapi jangan jadi bodoh lagi-lagi selepas tengok pengalaman yang dilalui orang lain.

@kiedacrepepenang Yeayyy , beg kuning untuk cookies dah ada @AMY KIEDA MERCHANDISE @KiedaCrepeHouse ♬ original sound – KIEDACREPEPENANG

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 week ago

"Fokus Buat Crepe Je La" - Kieda Crepe Dikritik Buat Baju Mirip Logo Kumpulan K-Pop