Kita boleh kalah, tidak mengapa tetapi... -- Jurulatih Selangor

Football
10 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Kita boleh kalah, tidak mengapa tetapi... -- Jurulatih Selangor

Jurulatih Selangor, Kim Pan-gon, percaya barisan kejurulatihan serta pemainnya tidak 'layak' dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan selain menekankan aspek semangat kesukanan yang wajar menjadi keutamaan.

Perkara itu berhubung tindakan pemain lawan yang meluru ke bangku simpanan The Red Giants bagi meraikan jaringan serta melakukan tindakan provokasi terhadap jurulatih berusia 57 tahun itu hingga mencetuskan kekecohan antara kedua-dua pasukan.

Selangor tewas tipis 2-3 kepada Kuching City secara agregat sekali gus terlepas peluang untuk mara ke final Piala FA.

"Saya tidak rasa kakitangan dan pemain kami layak menerima kad merah. Siapa yang sepatutnya melindungi ketua jurulatih apabila seseorang daripada pasukan lawan datang menghampiri secara agresif?

"Mereka hanya mahu menghalangnya. Saya mahu melindungi pemain dan kakitangan saya. Itu sahaja.

"Kita boleh kalah, itu tidak mengapa tetapi apa yang lebih penting ialah semangat kesukanan." katanya kepada media tempatan dalam sidang media selepas perlawanan sebelum ini. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved