
PENGENDALI Selangor FC, Kim Pan-gon bertegas beliau tidak pernah ‘koyak’ dengan kegagalan pasukannya mara ke perlawanan akhir Piala FA selepas tewas 2-3 secara agregat kepada Kuching City, kelmarin.
Aksi separuh akhir kedua di Stadium Taha Ariffin, kelmarin, The Cats meraih kemenangan 2-0, namun perlawanan ini juga turut dicemari insiden panas dan Pan-gon menuntut Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) melakukan siasatan secara meyeluruh.
“Pemain yang menjaringkan gol tidak boleh datang ke bangku simpanan pasukan lawan dan menyerang ketua jurulatih. Nombor lapan, Nazmi (Faiz Mansor), itu yang menjadikan keadaan kucar kacir.
“Akan ada menang dan kalah, namun mesti adil, semangat kesukanan dan menghormati pasukan lawan. Saya mahu MFL siasat,” katanya yang enggan mengulas lanjut tentang perlawanan.
Dalam masa sama, jurulatih dari Korea Selatan itu juga merasakan pemain dan pegawai pasukannya tidak berhak mendapatkan kad merah.
“Mereka boleh menjaringkan gol, meraikannya, namun jangan datang ke bangku simpanan lawan. Saya tidak tahu apa yang berlaku jika mereka (pemain dan pegawai pasukan Selangor) tidak menghalang.
“Menang layak ke final, kami kalah tidak mengapa. Pastikan ada semangat kesukanan dan ini sangat penting,” katanya.
The post Piala FA: Pan-gon desak MFL siasat appeared first on Kosmo Online.




![[VIDEO] ‘Kenapa Nazmi Faiz hendak raikan gol dekat bangku pasukan lawan’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/pan-gon.png)

