Kita doakan mudah-mudahan jerebu terkawal menjelang Hari Kebangsaan -PM Anwar

LocalEnvironment
27 Aug 2026 • 11:28 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia mendoakan agar keadaan jerebu di beberapa kawasan negara ini dapat dikawal menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September depan.

Semoga jerebu membaik pada Hari Kebangsaan

Menerusi laporan daripada Bernama, beliau menyatakan segala persiapan membabitkan jentera kerajaan ketika ini sedang giat dilaksanakan bagi memastikan kedua-dua acara tahunan berkenaan dapat disambut seperti dirancang.

“Kita doakan ke hadrat ALLAH Subhanahuwataala mudah-mudahan jerebu lebih terkawal supaya sambutan boleh diadakan,” kata beliau ketika berucap merasmikan majlis peluncuran sambutan ulang tahun ke-80 Telekom Malaysia Bhd (TM).

Turut hadir, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Image from: Kita doakan mudah-mudahan jerebu terkawal menjelang Hari Kebangsaan -PM Anwar

Sementara itu, Fahmi sebelum ini memaklumkan bahawa Shamsul Azri akan membuat pengumuman sekiranya terdapat sebarang perubahan terhadap sambutan Hari Kebangsaan 2026 susulan situasi jerebu.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata, antara pilihan yang dipertimbangkan termasuk mengubah skala sambutan atau lokasi, namun kerajaan tidak bercadang membatalkan sambutan Hari Kebangsaan yang dijadual berlangsung pada 31 Ogos ini.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved