“Kita hidup susah, dia nak hidup pun susah” – Ini Jawapan PMX Lepas Kakitangan Awam Gesa Naik Gaji

Politics
28 Feb 2023 • 2:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas Belanjawan 2023 dibentangkan Jumaat lalu oleh PMX, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) telah menyuarakan kekecewaan mereka ekoran belanjawan tersebut tidak mempunyai komitmen menaikkan gaji penjawat awam.

Menurut Presiden Cuepacs Adnan Mat, penjawat awam berharap agar sistem saraan perkhidmataan awam dinilai semula melalui gaji dan upah bagi meningkatkan pendapatan penjawat awam.

Menjawab mengenai gesaan ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim (PMX) telah meminta agar penjawat awam bersabar dan turut menerangkan kenapa keputusan seperti itu dibuat.

Kalau kita tambah gaji, defisit jadi 6.5%, tak ada orang datang melabur ke negara. Dia tak yakin ada kekuatan tekad politik untuk mentadbir negara. Jadi, sabarlah sekejap.”

Tak cukup dengan itu, PMX turut mengatakan orang-orang miskin tegar seperti nelayan, pesawah padi dan pekebun getah lebih memerlukan bantuan.

Apakah tak penting untuk kita selamatkan orang yang miskin tegar? Yang lebih teruk daripada semua pekerja-pekerja yang ada? Kalau kita lihat dari segi itu, kita faham.

“Politik ini mengundang pelbagai faham, tapi saya nak bagitahu, politik ini tak mudah, pesawah padi, pekebun getah, nelayan, ini semua orang susah dan kemiskinan tegar.

“Bagi saya ini, dia nak hidup. Kita sekurang-kurangnya hidup susah, dia nak hidup pun susah.”

“Cuepacs ni ingat PM kita lampu Aladdin”

Di media sosial, rata-rata netizen turut memahami apa yang cuba disampaikan oleh PMX dan meminta kakitangan awam sedar bahawa ada lebih ramai lagi orang yang lebih susah dan memerlukan bantuan.

image is not available

Sekadar info, pada belanjawan baru-baru ini, antara kelebihan yang diumumkan kepada penjawat awam termasuk pemberian bantuan khas Aidilfitri RM700 bagi gred 56 dan ke bawah; penembusan awal gantian cuti rehat (GCR) sehingga 50% iaitu maksimum 90 hari; dan penjawat awam isi rumah berpendapatan RM7,000 ke bawah mendapat subsidi yuran taska RM180 sebulan.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.