“Kita kan serumpun”- Ramai Puji Pasangan Indonesia Ini Pakai Baju Pengantin Macam Orang Malaysia

Entertainment
17 Jul 2022 • 4:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Boleh dikatakan budaya kita dan budaya Indonesia memang ada banyak persamaan terutamanya dari segi makanan sebab kita kan serumpun.

Kali ini, pasangan pengantin baru dari Indonesia menarik perhatian ramai terutamanya netizen Malaysia sendiri sebab mereka berdua memilih untuk menggayakan busana akad nikah seperti orang Melayu di Malaysia.

Pasangan tersebut tular setelah si isteri telah berkongsi video gambar perkahwinan mereka di TikTok swndrshrn baru-baru ini.

Dalam video berdurasi selama 19 saat itu, dapat dilihat wanita berkenaan memakai baju kurung berwarna putih manakala pasangannya pula menggayakan baju melayu lengkap bersampin dan songkok untuk majlis akad nikah.

image is not available

Wanita itu juga ada mengatakan dalam video tersebut bahawa mereka memang ada impian untuk memakai baju kahwin ala-ala Malaysia ketika akad nikah mereka nanti.

Nanti akad nikah pakai ala-ala Malaysia ya bang,” tulis wanita berkenaan.

image is not available

Rata-rata netizen Malaysia memuji kedua-dua mempelai kerana menggayakan baju kahwin seperti pengantin di negara kita.

image is not available

Pasangan pengantin baru itu juga dipuji ramai kerana sama cantik sama padan. Mereka juga tetap tidak melupakan budaya negara Indonesia kerana kalungan bunga seperti tradisi Jawa dilihat tetap ada ketika majlis tersebut.

image is not available

Tahniah kepada kedua-dua mempelai dan selamat pengantin baru!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.