“Kita kena jadi tour guide!” – Lelaki Jepun Cakap Makanan Malaysia Tak Sedap, Ini Respon Netizen

Entertainment
3 Jan 2024 • 1:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dapat dinafikan, apabila ada yang memberikan kenyataan buruk berkenaan makanan di Malaysia, sebagai rakyatnya sedikit sebanyak kita pasti akan terkesan.

Ini dapat dilihat daripada satu video yang tular di laman X, di mana satu video street interview yang dilakukan di Jepun yang bertanyakan soalan negara mana yang mereka tidak mahu kunjungi.

Dalam banyak-banyak jawapan oleh orang awam dalam video tersebut, satu jawapan menarik perhatian netizen apabila salah seorang responden berkata dia tidak mahu mengunjungi Malaysia kerana makanan di sini tidak sedap, jawapan itu diberikan berdasarkan pengalamannya sendiri.

Jawapan lelaki Jepun itu membuatkan ramai netizen terkedu dan ramai di antara netizen yang ingin membawanya untuk merasai makanan Malaysia sebenar atau dengan kata lain ingin menjadi tour guide lelaki tersebut.

Meskipun ramai yang berang dengan kenyataan lelaki tersebut, ada juga yang berpendapat bahawa kemungkinan makanan di Malaysia ini tidak kena dengan seleranya.

image is not available

Selain itu, ada juga responden yang berkata dia tidak mahu berkunjung ke negara Asia Tenggara kerana ianya kotor dan tidak begitu membangun.

Silap lah kutuk makanan Malaysia…

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.