Kita minta UNHCR hantar Rohingya ke negara ke-3, tapi mereka gagal -Tok Mat

LocalPolitics
26 Oct 2026 • 8:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan sedang mengkaji semula keperluan kehadiran Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia susulan kegagalannya memainkan peranan dalam menempatkan semula pelarian ke negara ketiga.

Kaji semula kehadiran UNHCR di Malaysia

Memetik laporan daripada Harian Metro, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan peranan UNHCR ketika ini dilihat berbeza berbanding usaha yang pernah dilaksanakan agensi itu dalam menangani isu pelarian Vietnam antara 1978 hingga 1990.

Menurutnya, jumlah pelarian yang berjaya ditempatkan semula ke negara ketiga hanya sekitar 5,000 orang dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai keberkesanan usaha berkenaan.

“Majoriti pelarian Rohingya adalah pemegang kad UNHCR, kita minta UNHCR menghantar mereka ke negara ketiga, tetapi UNHCR gagal.
“Oleh sebab itu, kita mengkaji semula kehadiran UNHCR di negara ini. “Sepatutnya UNHCR memainkan peranan mereka seperti yang mereka buat semasa pelarian Vietnam pada tahun 70-an dahulu, tetapi sekarang tidak ada.
“Kadar kejayaan mereka hanya 5,000 lebih selama dua tiga tahun ini, itupun bukan pelarian Rohingya tetapi etnik lain daripada Myanmar,” katanya.

Image from: Kita minta UNHCR hantar Rohingya ke negara ke-3, tapi mereka gagal -Tok Mat

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat, hari ini.

Usaha tempatkan semula pelarian makin mencabar

Mohamad turut menjelaskan bahawa usaha menempatkan semula pelarian semakin mencabar apabila beberapa negara, termasuk Australia, Jerman dan Amerika Syarikat (AS), mengetatkan dasar kemasukan golongan berkenaan, termasuk melalui dasar anti-migran.

Susulan itu, beliau menegaskan Malaysia perlu mengadakan rundingan serta libat urus dengan kerajaan Myanmar bagi mencari penyelesaian terhadap isu pelarian yang berlarutan, selain mengelakkan negara terus menanggung beban tersebut.

“Ini masalahnya, kita akan terbeban. Kita perlu adakan libat urus bersama dengan kerajaan Myanmar.
“Kalau tidak mahu buat apa? Mereka lagi suka kalau kita tidak bertemu mereka.
“Mereka lagi suka jika dunia memulaukan mereka, asalkan negara-negara sahabat bersama-sama dan memberikan perlindungan. Ini yang sedang berlaku,” katanya.

Image from: Kita minta UNHCR hantar Rohingya ke negara ke-3, tapi mereka gagal -Tok Mat

Sumber: Harian Metro (Mukhriz Mat Husin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved