ATM kaji naik elaun Askar Wataniah

LocalPolitics
17 Oct 2026 • 1:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ATM kaji naik elaun Askar Wataniah

PORT DICKSON – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang mengkaji kadar elaun latihan Askar Wataniah bagi menggalakkan penyertaan lebih aktif anggota pasukan simpanan itu.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman berkata, semakan itu dibuat memandangkan kadar Elaun Kehadiran Latihan Tempatan (EKLT) sedia ada perlu dinilai semula mengikut keperluan semasa.

Menurutnya, kadar elaun ketika ini adalah RM8 sejam bagi anggota lain-lain pangkat (LLP), perajurit muda dan pegawai kadet, manakala pegawai menerima RM9.80 sejam dengan semakan terakhir dibuat pada 1 Januari 2022.

“Kita sedang mengkaji semula elaun Askar Wataniah kerana kadarnya sudah lama tidak disemak. Kita juga mahu mereka lebih aktif menyertai latihan dan aktiviti yang dianjurkan rejimen masing-masing,” katanya selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 206/26 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), di sini hari ini.

Malek berkata, antara cabaran dihadapi ATM ialah tahap keaktifan anggota simpanan apabila dianggarkan 40 hingga 50 peratus tidak menghadiri latihan, sekali gus menyukarkan usaha mencapai sasaran nisbah seorang anggota simpanan bagi setiap anggota tetap.- KOSMO! ONLINE

The post ATM kaji naik elaun Askar Wataniah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved