'Kita pernah sebahagia itu……' – Kongsi petikan 'deep', hantaran Syida Melvin tentang perpisahan buat ramai tersentuh

EntertainmentLifestyle
15 Apr 2026 • 11:03 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Kita pernah sebahagia itu……' – Kongsi petikan 'deep', hantaran Syida Melvin tentang perpisahan buat ramai tersentuh

PELAKON Syida Melvin, sekali lagi mengundang perhatian warganet.

Kali ini, bukan dengan penjelasan atau luahan emosi terbuka, tetapi melalui satu petikan yang cukup ‘hidup’ dan sarat makna, seolah-olah menggambarkan apa yang sedang dilaluinya.

“Sedap dialog ni terjumpa di reels,” tulis Syida ringkas, sebelum berkongsi petikan berikut:

“Kita sudah selesai..aib mu aku jaga dan sebaliknya kamu jaga aibku. Jangan menghina satu sama lain di belakang.

"Ingat ya, kita pernah sebahagia itu sebelum akhirnya kita berpisah. Semoga aku bahagia dijalanku, dan kamu bahagia dijalanmu.

"Sesakit apapun perpisahan kelmarin, aku tidak pernah menganggap kamu jahat. Memang… masanya sudah habis..” ringkas, tetapi cukup mendalam perkongsian tersebut.

Tanpa menyebut secara langsung tentang apa yang berlaku, petikan itu seakan menjadi refleksi kepada prinsip yang dipegang, walau hubungan berakhir, maruah tetap perlu dijaga.

Hantaran  di Threads tersebut pantas mengundang pelbagai reaksi daripada warganet. Rata-rata bersetuju dengan mesej yang disampaikan, malah ada yang melihatnya sebagai contoh kematangan dalam menghadapi perpisahan.

“Itu la sepatutnya.. Kita tak tahu mungkin bersama semula selepas 10 tahun... so jangan nak burukkan pasangan.”

“Ku sorok duka agar tidak terlihat secara zahir…. teruskan melangkah Syida kerana luka semalam adalah pembina kekuatan hari esok.”

“Semoga ALLAH memberi kelapangan hati dan menyembuhkan segala luka.”

“April yang menyedihkan.. Semoga Syida baik-baik saja.. bahagia dan selalu dibahagiakan orang sekeliling.”

“Masanya sudah habis... sedihnya ayat tu.”

“Itulah hikmah sebaik baik perpisahan.”

Di sebalik setiap komen, jelas kelihatan satu kesepakatan, bahawa tidak semua perkara perlu didedahkan, dan tidak semua luka perlu ditunjukkan.

Dalam banyak keadaan, menjaga aib pasangan walaupun sudah berpisah adalah tanda hormat terakhir terhadap hubungan yang pernah dibina.

Terdahulu, peguam yang mewakili Syida mengesahkan bahawa pelakon itu telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen, di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Disember lalu.

Walaupun sebelum ini perbicaraan pernah ditangguhkan susulan usaha pendamaian antara kedua-dua pihak, namun keputusan untuk meneruskan perceraian menunjukkan bahawa ada perkara yang tidak lagi dapat diperbaiki.

Untuk rekod, Syida dan Syafiq mendirikan rumah tangga pada 19 Januari 2019. Namun seperti banyak kisah lain, perjalanan yang bermula dengan bahagia tidak semestinya berakhir dengan cara yang sama.