“Manis Bibir, Memutar Kata” – Hantaran Ibu Syida Melvin Di Threads Curi Perhatian Ramai

EntertainmentLifestyle
14 Apr 2026 • 5:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Di tengah kemelut rumah tangga pelakon Syida Melvin, satu perkongsian daripada ibunya, Robiah Rahman menarik perhatian ramai di media sosial.

Menerusi Threads, Robiah memuat naik hantaran yang menggunakan petikan lirik lagu Alasanmu nyanyian kumpulan Exists, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Advertisement

image is not available

“Manis dibibir… Memutar kata… Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya… Siapa terlena pastinya terpukau… Be strong my girl, we all love you infinity.”

Selain itu, Robiah turut menyelitkan kata-kata semangat buat anaknya yang kini sedang melalui proses perceraian dengan suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen.

Perkongsian tersebut mengundang reaksi pelbagai apabila segelintir netizen beranggapan ia mempunyai maksud tersirat berkaitan situasi yang sedang dihadapi Syida.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tampil memberikan sokongan moral serta doa buat pelakon itu dan keluarganya.

“Lagu ni tentang seorang yang narsis. Semoga dipermudahkan urusan Syida.”

“Semoga Allah S.W.T. permudahkan urusan you sekeluarga. Kesian anak-anak comel.”

Untuk rekod, Syida dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya sejak Disember 2025 dan kes tersebut kini masih dalam proses mahkamah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-04-14 15:06:12

"Pergi Dari Orang Yang Tidak Hormati Kita.." - Fail Cerai, Hantaran 'Repost' Syida Melvin Curi Perhatian Ramai

The post “Manis Bibir, Memutar Kata” – Hantaran Ibu Syida Melvin Di Threads Curi Perhatian Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved