“Kita Yang Muda Pun Susah Nak Beza” – Video AI ‘Ustaz’ Beri Ceramah Dalam Masjid Cetus Kebimbangan

LocalTechnology
30 May 2025 • 5:35 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kecerdasan buatan (AI) bukan lagi sekadar alat rekaan grafik atau penulisan, sebaliknya telah mula mencipta semula imej dan suara manusia dengan ketepatan yang mengagumkan.

Dengan perkembangan ini, makin banyak kandungan AI yang disebar ke media sosial, termasuk yang menyentuh aspek keagamaan. Walaupun sesetengahnya bertujuan mendidik, namun ada juga yang dikhuatiri boleh meningkatkan risiko penyalahgunaan.

Baru-baru ini, tular satu klip video yang mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai apabila kandungannya menunjukkan seorang ‘ustaz’ sedang memberi ceramah dalam suasana yang sangat meyakinkan, padahal ia sebenarnya hanyalah ciptaan AI semata-mata.

Visual Seperti Forum Perdana, Tapi Sebenarnya Hanya Klip AI

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@imagineaistudio), pengguna menunjukkan beberapa klip video yang dipercayai dihasilkan menggunakan teknologi AI generatif terkini, seperti NEO 3.

Klip tersebut memaparkan pelbagai senario seakan-akan rakaman ceramah agama yang sebenar.

Antaranya termasuk dua individu berjubah sedang duduk persis dalam sesi podcast agama berlatar belakang skrin besar bertulis “Forum Perdana”.

Percakapan dan nada mereka juga kedengaran sangat realisitik dan disulam pula dengan ketawa sinis yang serupa seakan cara manusia sebenar mengekspresi rasa terhibur.

Ada juga klip menunjukkan individu menyerupai penceramah sedang duduk di dalam masjid lengkap dengan meja, mikrofon, bunyi gema masjid dan suasana jemaah yang sangat realistik.

Keseluruhan visual dan audio dibuat dengan perincian luar biasa, menyebabkan ramai penonton sukar mempercayai bahawa semuanya hanya rekaan komputer.

Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Luah Kebimbangan, Risau Wujud Potensi Salah Guna

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial terkejut dengan realisme video tersebut.

Ramai berpendapat kecanggihan AI boleh mendatangkan mudarat jika digunakan untuk cipta kandungan palsu, khususnya berkaitan agama.

image is not available
Sumber: TikTok @imagineaistudio

image is not available
Sumber: TikTok @imagineaistudio

Ada yang menyifatkan video berkenaan terlalu nyata hingga sukar untuk dibezakan. Manakala yang lain pula meluahkan rasa bimbang jika teknologi seperti ini disalah guna.

Ada yang memberi amaran bahawa maklumat palsu lebih mudah tersebar jika visual dan audio AI semakin sukar dibezakan dengan rakaman sebenar.

image is not available
Sumber: TikTok @imagineaistudio

image is not available
Sumber: TikTok @imagineaistudio

Sukar Bezakan, Golongan Tertentu Mungkin Lebih Mudah Terpedaya

image is not available
Sumber: Pexels

Perkongsian ini mencetuskan kebimbangan terhadap sesetengah golongan seperti ibu bapa atau warga emas yang mungkin tidak biasa dengan teknologi.

Jika tidak berhati-hati, mereka mudah terpedaya dengan kandungan seakan-akan ceramah sebenar tetapi sebenarnya palsu dan berpotensi menimbulkan fitnah.

Maklumat yang tidak sahih jika disampaikan dalam bentuk yang kelihatan sahih dan menyakinkan boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat, terutamanya dalam soal kefahaman agama.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan sentiasa menyemak sumber sebelum mempercayai atau menyebarkan sebarang kandungan, terutamanya jika melibatkan isu sensitif.

Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Tentang Hukum Menggunakan AI Dalam Islam

Tonton video penuh [DI SINI].

Platform penghasilan gambar menggunakan teknologi AI kini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai visual menarik dikatakan boleh dihasilkan dengan memuat naik input daripada teks.

Berikutan itu, terdapat satu persoalan berkaitan AI diajukan kepada pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus ketika sesi ceramah beliau.

Menerusi video yang dimuat naik di laman YouTube Ustaz Azhar Idrus Official, beliau menjelaskan bahawa penghasilan gambar menggunakan teknologi AI adalah berbeza-beza mengikut situasi.

Hukumnya dibolehkan sekiranya:

  • Lukisan manusia dibuat untuk tujuan baik seperti mempromosikan perniagaan baju kurta dan sebagainya.
  • Wajah seseorang tokoh dilukis semula bagi memperingati kebaikan dan jasa mereka.

Tetapi, hukum penggunaan AI boleh diharamkan sekiranya situasi berikut pula berlaku:

  • Menggunakan gambar tersebut untuk tujuan maksiat.
  • Menjadikan wajah individu yang sudah meninggal dunia dalam keadaan hina sehingga membuatkan ahli keluarga mereka berasa sedih.
  • Menimbulkan fitnah dan menyebarkan aib.

Secara kesimpulannya, penghasilan gambar menggunakan teknologi AI ini adalah dibolehkan jika ia digunakan untuk tujuan kebaikan seperti pembelajaran.

Namun, hukumnya haram sekiranya digunakan untuk tujuan sekadar suka-suka sahaja.