WhatsApp Menguji Ciri Gambar Profil Dan Ikon Kumpulan Berasaskan AI

TechnologyDigital
19 May 2025 • 11:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp kini menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna menjana gambar profil dan ikon kumpulan (group) berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang kini tersedia kepada sebilangan pengguna beta.

Ciri ini membolehkan pengguna menghasilkan imej dengan hanya memasukkan penerangan atau prompt tertentu yang boleh menggambarkan imej yang mereka inginkan. Berbeza dengan pilihan gambar profil biasa, ciri berkenaan tidak memerlukan gambar sedia ada sebaliknya ia menjana imej khas berdasarkan keterangan prompt yang diberikan oleh pengguna.

image is not available

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu membuka tetapan aplikasi, dan memilih Create AI Image yang membolehkan mereka mencipta ilustrasi unik tanpa menggunakan gambar sebenar. Bagi mencipta ikon kumpulan pula, pengguna perlu membuka halaman maklumat kumpulan, pilih ubah ikon kumpulan, dan masukkan penerangan tema atau konsep yang diinginkan. Sistem Meta AI akan menjana imej khas berdasarkan penerangan tersebut.

Buat masa ini, ia hanya tersedia dalam kalangan pengguna beta iOS dengan versi WhatsApp terkini. Ia dijangka tiba secara berpetingkat kepada lebih ramai pengguna dalam masa akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved