KJ Meriahkan Pelancaran Festival Durian Tealive Jam 4 Petang Ini

LocalFood
22 Aug 2025 • 10:43 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Tealive, jenama teh gaya hidup terkemuka di Asia Tenggara, menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dengan pelancaran siri minuman durian edisi terhad, diinspirasikan daripada Raja Buah yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Pelancaran rasmi siri ini akan berlangsung dalam satu acara istimewa, Festival Tealive’s Durian Beats hari ini di Lanai@Matic, Jalan Ampang, bermula jam 4 petang nanti.

Festival ini bukan sekadar memperkenalkan minuman baharu, malah turut diiktiraf sebagai salah satu inisiatif sambutan Hari Kebangsaan-Hari Malaysia (HKHM) 2025 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’.

Antara yang mencuri tumpuan pada festival ini ialah kemunculan istimewa Khairy Jamaluddin, bekas menteri kabinet dan kini pengacara popular podcast ‘Keluar Sekejap’. 

image is not available

Beliau dijangka memeriahkan acara tersebut dengan set DJ eksklusif, satu penampilan unik yang pasti dinantikan ramai.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo berkata, siri minuman durian ini diinovasi untuk meraikan salah satu khazanah ikonik Malaysia sambil menepati cita rasa pengguna masa kini. 

“Durian adalah salah satu simbol penyatu rakyat Malaysia yang terkenal dan menerima sambutan di dalam serta luar negara.

“Sempena merdeka ini, kami menzahirkan rasa bangga tersebut melalui minuman istimewa yang memikat, luar biasa dan mencerminkan identiti Malaysia.

“Kami juga amat berbangga dan bertuah dapat menyumbang kepada program kebangsaan yang meraikan identiti Malaysia serta menyatukan rakyat, selaras dengan matlamat jenama kami untuk Brewing Positivity,” kata beliau.

Buah durian ini dibekalkan oleh pengeksport durian terbesar dan terkemuka di Malaysia, yang diperoleh daripada dusun sekitar Bentong, Raub, Tangkak dan Gua Musang. Lokasi ini dipilih bagi memastikan bekalan durian berterusan sepanjang tahun.

Siri Minuman Tawaran Masa Terhad (LTO) Durian ini hadir dalam tiga pilihan unik yang menggunakan durian premium D24:

1. Snowy Bang Bang Durian Milk Tea (RM13.90)

2. Bang Bang Durian Milk Kaw Kaw (RM13.90)

3. Jasmine Durian Light Milk Tea (RM11.90)

Setiap minuman ini menggabungkan keenakan durian dengan gaya moden teh yang menjadi identiti Tealive di rantau ini.

Tealive menyasarkan jualan lebih 500,000 cawan sepanjang kempen ini. Namun, menurut Loo, kejayaan sebenar adalah apabila minuman ini mampu mencetuskan perbualan dan sambutan rakyat. 

Bagi yang tidak menggemari durian, Tealive turut menyediakan pilihan minuman LTO berasaskan jagung sebagai alternatif.

image is not available

Pek 3-dalam-1 Durian Milk Tea dan Durian Coffee edisi terhad juga akan ditawarkan di festival serta di platform e-dagang bagi mereka yang ingin membawa pulang pengalaman ini.

Menutup kenyataan, Loo menegaskan bahawa Tealive akan terus meraikan budaya Malaysia melalui inovasi rasa. 

“Kami lahir di Malaysia, tetapi misi kami untuk membawa identiti tempatan ke peringkat global tetap kukuh,” katanya. - Getaran, 22 Ogos 2025

Foto : Tealive