Wan Rosdy bidas kenyataan Lim Guan Eng

LocalPolitics
6 May 2026 • 3:38 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Wan Rosdy Wan Ismail menggesa Lim Guan Eng agar menjaga kenyataan demi kestabilan Kerajaan Perpaduan

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy memandang serius kenyataan Penasihat DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan UMNO dan Barisan Nasional sebagai rakan yang tidak boleh dipercayai dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurut beliau, kenyataan tersebut bukan sahaja tidak membantu meredakan keadaan, malah berpotensi mengeruhkan lagi hubungan antara parti-parti dalam kerajaan ketika pimpinan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan sedang berusaha mencari penyelesaian terhadap beberapa isu semasa.

Wan Rosdy turut mengingatkan Lim Guan Eng agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan, sambil menegaskan bahawa jika terdapat pandangan negatif terhadap UMNO dan Barisan Nasional, perkara sama juga wujud dalam kalangan pemimpin kedua-dua parti terhadap beliau.

“Namun demi kestabilan politik dan kepentingan rakyat, semua pihak perlu bertindak secara matang dan profesional,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca juga:

Beliau menambah, sebagai pemimpin kanan, setiap pihak mempunyai tanggungjawab untuk memperkukuh Kerajaan Perpaduan dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan hubungan sedia ada.

Tegasnya, rakyat kini mengharapkan kestabilan politik serta penyelesaian terhadap isu semasa, bukannya pertelingkahan berpanjangan dalam kalangan pemimpin politik.

The post Wan Rosdy bidas kenyataan Lim Guan Eng appeared first on The Reporter.