
Kota Kinabalu: Kelab Bolasepak Kinabalu Jaguar (KJFC) mengekalkan rekod sempurna mereka di laman sendiri dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Sains FC dalam perlawanan Kumpulan A Liga M3 di Stadium Likas pada petang Sabtu lalu.
Penyerang veteran Leopold Alfonso meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-18 menerusi sepakan penalti.
Pasukan tuan rumah mendahului 2-0 pada waktu rehat selepas Zulkifly Harun menjaringkan gol kedua pada minit ke-24 dengan bantuan Ariusdius Jais.
