KKM dedah kes penyakit berkaitan jerebu melonjak hampir 60% -Dr Dzulkefly

LocalHealth & Fitness
15 Oct 2026 • 2:31 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan peningkatan hampir 60 peratus kes penyakit berkaitan jerebu susulan kemerosotan kualiti udara yang melanda negara ketika ini.

Peningkatan libat beberapa penyakit

Memetik laporan daripada Buletin TV3, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan, peningkatan itu melibatkan beberapa penyakit, dengan jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) menunjukkan angka yang ketara.

“Bermula 3 Ogos sehingga 19 Ogos 2026, pemantauan telah dipertingkatkan melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) kerana berlaku bacaan indeks IPU, kemerosotan kualiti udara susulan keadaan jerebu semakin teruk.
“Bilik Gerakan Jerebu Kebangsaan telah kita aktifkan pada 4 September lalu bagi memperkukuh pemantauan situasi dan penyelarasan respons kesihatan awam.
“Pada minggu epik ke-36, kes URTI meningkat 167 peratus kepada 7,065 kes, asma meningkat 127 peratus kepada 1,117 kes, dan konjunktivitis (radang mata) meningkat 83 peratus kepada 334 kes.
“Pada minggu epik ke-40, peningkatan turut direkodkan iaitu hampir 60 peratus bagi URTI kepada 5,613 kes dan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi pertanyaan lisan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Image from: KKM dedah kes penyakit berkaitan jerebu melonjak hampir 60% -Dr Dzulkefly

Foto: Kosmo!

KKM perlu kukuhkan kesiapsiagaan

Mengulas lanjut perkara tersebut, Dzulkefly menyatakan KKM turut memperkukuh kesiapsiagaan fasiliti kesihatan dengan menyediakan ubat-ubatan dan peralatan bagi menangani kemungkinan peningkatan pesakit akibat jerebu.

“Khusus bagi memastikan kesiapsiagaan kesihatan, KKM turut memperkukuh keupayaan fasiliti kesihatan kami melalui penyediaan ubat-ubatan dan peralatan bagi merawat penyakit berkaitan jerebu ini.
“Antara lain menambah 841 unit alat bantuan penyedut udara bagi dewasa dan 396 unit untuk kanak-kanak serta 556 unit nebulizer bagi menghadapi kemungkinan peningkatan kes.
“Kita bekerjasama dengan JAS dan METMalaysia atas perkongsian maklumat kualiti udara bagi menyokong penilaian risiko dan tindakan kesihatan awam,” katanya.

Image from: KKM dedah kes penyakit berkaitan jerebu melonjak hampir 60% -Dr Dzulkefly

Sumber: Buletin TV3 (Fareez Azman)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved