Portal rasmi KKM alami gangguan akses akibat insiden keselamatan siber

LocalTechnology
27 Jun 2026 • 1:57 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Portal rasmi KKM alami gangguan akses akibat insiden keselamatan siber

KUALA LUMPUR, 27 JUN: Portal rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengalami gangguan akses dipercayai berpunca daripada insiden keselamatan siber.

Menurut kenyataan KKM, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian dengan kadar segera.

Pada masa sama, tindakan pemulihan sistem sedang dilaksanakan bagi memastikan portal rasmi kementerian itu dapat beroperasi semula secepat mungkin.

“KKM memandang serius insiden ini dan sedang bekerjasama rapat dengan agensi-agensi berkaitan untuk memastikan aspek keselamatan sistem diperkukuh serta bagi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang," menurut kenyataan itu.

Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat rasmi melalui saluran media sosial kementerian dan platform komunikasi rasmi lain sepanjang tempoh gangguan tersebut.

"KKM memohon maaf atas segala kesulitan dialami dan menghargai kesabaran serta kerjasama semua pihak sementara usaha pemulihan dilaksanakan,” menurut kenyataan itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved