KL26 MotoGP Launching Tarik Lebih 20,000 Peminat di Kuala Lumpur

8 Feb 2026 • 6:30 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Lebih 20,000 pengunjung membanjiri Kuala Lumpur bagi menyaksikan pelancaran KL26 MotoGP yang berlangsung di Malaysia semalam, sekali gus membuktikan minat dan sokongan luar biasa peminat sukan permotoran tempatan.

Antara tarikan utama acara ini adalah penggunaan jentera MotoGP sebenar, berbeza dengan pelancaran di Bangkok sebelum ini yang hanya menampilkan jentera kategori Superbike. Perkara ini memberi pengalaman lebih autentik kepada peminat untuk melihat dari dekat teknologi tertinggi perlumbaan MotoGP.

Acara bermula dalam keadaan hujan pada petang, sebelum cuaca bertukar kepada renyai selepas jam 7.30 malam, keadaan tersebut tidak mematahkan semangat pengunjung yang hadir dari pelbagai negeri di seluruh Malaysia.

Walaupun masih terdapat ruang penambahbaikan dari aspek pengurusan dan penganjuran, keseluruhan acara tetap berlangsung dengan meriah dan menerima sambutan yang amat menggalakkan, sekali gus mencerminkan potensi besar Malaysia sebagai tuan rumah acara sukan permotoran bertaraf dunia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved