Klausa "Penggunaan Wajib Patuh Syariah" Perodua QV-E Dipersoalkan – Ini Jawapan CEO

LocalBusiness & Finance
3 Dec 2025 • 12:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Syarikat Perodua tampil membuat penjelasan rasmi mengenai kontroversi dalam skim sewa bateri QV-E mereka. Isu timbul membabitkan salah satu klausa dalam Lembaran Maklumat Pajakan Bateri QV-E yang mewajibkan penggunaan kenderaan dan bateri tersebut mengikut garis panduan Syariah.

Mengapa Klausa Pematuhan Syariah Itu Timbul?

Menurut Perodua, kemasukan baris ayat tersebut adalah kerana kesilapan komunikasi dan bukannya sengaja dibuat untuk mengawal cara pelanggan menggunakan kenderaan mereka.

image is not available

Klausa "Pastikan kenderaan dan bateri digunakan untuk tujuan yang dibenarkan Shariah" menimbulkan persoalan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, mengesahkan bahawa isu tersebut telah dibetulkan. Beliau turut menegaskan bahawa syarikat tidak pernah berniat untuk mengenakan mengenakan sekatan sedemikian dan klausa tersebut tidak mencerminkan syarat sebenar perjanjian sewa bateri.

image is not available

Lembaran Pendedahan Produk (PDS) lama (kiri) dan baharu (kanan)

Berdasarkan pemahaman kami, skim pajakan bateri ini hanya menggunakan struktur pembiayaan Syariah untuk urusan tadbir urus dan bank sahaja. Tetapi, ini tidak akan memberi kesan kepada pelanggan, yang diberikan kebebasan untuk menggunakan kenderaan atas apa-apa tujuan.

Apakah Kewajipan Pelanggan Yang Sebenar?

image is not available

Dokumen tersebut telah dikemas kini selaras dengan niat asal Perodua. Kewajipan pelanggan hanya tertumpu pada aspek penyelenggaraan, operasi yang selamat dan pematuhan garis panduan servis Perodua, tanpa sebarang kekangan gaya hidup atau sentuhan aspek agama.

Perodua bagaimanapun memaklumkan bahawa bateri kekal menjadi hak milik syarikat sepanjang tempoh pajakan. Tanggungjawab Perodua pula terhad kepada usaha untuk memastikan prestasi, servis dan jaminan kesihatan bateri yang dijanjikan.

image is not available

Kelebihan konsep BaaS yang ditawarkan Perodua

Model elektrik pertama daripada Perodua ini dijual pada harga RM80,000 atas jalan, tanpa insurans, tidak termasuk kos bateri EV yang ditawarkan di bawah program Battery-as-a-Service (BaaS) pada RM275 sebulan.

Juga Menarik: Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"

Juga Menarik: Perodua QV-E BaaS: Ramai Yang Keliru, Ini Butirannya