KLIA Nombor 1 Di Asia, Keempat Dunia Dalam Senarai Hab Paling Terhubung 2026

17 Sep 2026 • 11:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

KLIA Nombor 1 Di Asia, Keempat Dunia Dalam Senarai Hab Paling Terhubung 2026

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menduduki tempat pertama di Asia dan kekal di kedudukan keempat dunia dalam senarai OAG Megahubs 2026.

OAG berkata KLIA kekal sebagai hab paling terhubung di Asia walaupun jumlah potensi sambungan penerbangan mencatat sedikit penurunan berbanding tahun lalu.

Jumlah destinasi yang dilayan pula meningkat daripada 151 kepada 154 destinasi, manakala kapasiti keseluruhan bertambah sebanyak 6.9 peratus.

KLIA Nombor 1 Di Asia

Image from: KLIA Nombor 1 Di Asia, Keempat Dunia Dalam Senarai Hab Paling Terhubung 2026
Kredit: Bernama

Kadar itu merupakan pertumbuhan kapasiti tertinggi dalam kalangan hab utama di Asia Tenggara, kecuali Hanoi yang mencatat pertumbuhan 11.8 peratus.

Sementara itu, Lapangan Terbang Istanbul di Turkiye muncul sebagai lapangan terbang paling terhubung di dunia pada 2026, naik satu anak tangga daripada kedudukan kedua pada 2025.

Lapangan terbang itu mencatat tahap potensi ketersambungan tertinggi dalam kalangan lapangan terbang terbesar dunia dengan rangkaian ke 337 destinasi global.

Dari segi kapasiti bagi tempoh Ogos 2025 hingga Ogos 2026, Istanbul berada di kedudukan kelapan paling sibuk di dunia.

Turkish Airlines merupakan syarikat penerbangan dominan di lapangan terbang berkenaan dengan menguasai 80 peratus kapasiti.

Tempat kedua pula diduduki Lapangan Terbang London Heathrow, manakala Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol berada di tempat ketiga.

Baca juga:
Image from: KLIA Nombor 1 Di Asia, Keempat Dunia Dalam Senarai Hab Paling Terhubung 2026

Untuk pengetahuan, indeks OAG Megahubs 2026 menilai tahap ketersambungan hab lapangan terbang antarabangsa utama dunia di peringkat global dan serantau.

Indeks itu dibangunkan berdasarkan platform data penerbangan OAG yang merangkumi jadual penerbangan syarikat penerbangan serta pangkalan data sambungan penerbangan global.

Setiap senarai turut memaparkan kedudukan lapangan terbang pada 2025, syarikat penerbangan dominan di setiap hab pada 2026 serta bahagian penerbangan yang dikendalikan syarikat berkenaan.

Kedudukan ditentukan dengan membandingkan jumlah sambungan penerbangan antarabangsa berjadual yang berpotensi dengan jumlah destinasi yang dilayan sesebuah lapangan terbang. Bagi indeks 2026, OAG menggunakan data pada hari paling sibuk penerbangan global dalam tempoh setahun sehingga Ogos 2026, iaitu 2 Ogos 2026.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved