‘Tergamaknya buang kucing lumpuh di sini’

19 Aug 2026 • 3:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Tergamaknya buang kucing lumpuh di sini’

PETALING JAYA – Seekor kucing lumpuh ditemui di tandas sebuah stesen minyak yang sudah tidak beroperasi di laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mengundang simpati orang ramai.

Perkara itu dikongsikan di Facebook Dunia Kucing Malaysia yang memaklumkan kucing berkenaan ditemui orang awam di tandas bekas stesen NGV terbabit.

Katanya, kucing tersebut berada dalam keadaan menyedihkan kerana dipercayai tidak mampu berjalan dan memerlukan bantuan segera.

“Saya jumpa kucing ini di tandas Petronas KLIA, tandas NGV lama. NGV dah tak ada, cuma stesen kosong bekas NGV arah ke KLIA.

“Kepada abang dan akak yang berhati baik, sesiapa yang ada lalu di sini, minta tolong selamatkan kucing ini. Dia tak boleh jalan, kesian sangat,” tulis hantaran itu.

Individu terbabit turut memohon bantuan orang ramai kerana tidak dapat membawa kucing itu keluar dari lokasi berkenaan berikutan perlu mengambil pelanggan dari lapangan terbang.

“Maaf saya tak dapat nak bantu sebab ada pickup customer dari airport. Terima kasih orang baik,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna berharap ada pihak berdekatan tampil membantu membawa kucing terbabit ke tempat selamat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan veterinar.

“Semoga kucing malang tersebut dapat menikmati kehidupan yang lebih baik bersama dengan manusia yang sudi berkongsi kasih sayang dan rezeki dengannya,” kata Rafizah.

“Semoga ada orang baik selamatkan dia, sesiapa yang dah ambil minta tolong ‘update’,” kata Vesandra.

“Tergamaknya siapa yang buang kucing lumpuh dekat sini,” kata Azaida.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah memperoleh lebih 4,000 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Tergamaknya buang kucing lumpuh di sini’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved