Klinik haram warga asing: KKM tidak tolak lebih banyak lokasi

LocalHealth & Fitness
15 Sep 2026 • 1:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Klinik haram warga asing: KKM tidak tolak lebih banyak lokasi

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan kegiatan klinik haram yang dikendalikan warga asing turut beroperasi di kawasan tumpuan komuniti asing lain di seluruh negara.

Kebimbangan itu timbul susulan penemuan dua premis yang beroperasi seperti klinik tanpa kelulusan KKM dalam operasi bersepadu di sekitar Lebuh Pudu, Kuala Lumpur, kelmarin.

KKM dalam kenyataan kepada Kosmo! memaklumkan, pihaknya tidak menolak kemungkinan kegiatan seumpama itu lebih meluas, khususnya di kawasan yang menjadi tumpuan warga asing.

“KKM tidak menolak kemungkinan kegiatan seumpama ini lebih meluas di kawasan tumpuan warga asing yang lain,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, KKM menyeru orang ramai dan pihak media yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti klinik haram supaya menyalurkannya kepada kementerian bagi membolehkan tindakan lanjut diambil bersama agensi penguatkuasaan berkaitan.

Maklumat boleh disalurkan menerusi e-mel Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), iaitu ckaps@moh.gov.my.

Dalam operasi bersepadu Mega di Lebuh Pudu kelmarin, sekurang-kurangnya empat premis yang menjual dan menyimpan ubat-ubatan haram disyaki dikendalikan warga asing dikesan.

Lebih membimbangkan, dua daripada premis berkenaan didapati beroperasi seperti klinik apabila dilengkapi mesin saringan bagi pemeriksaan tekanan darah, paras gula dan darah.

Ketua Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Shafilliza Samsuri dilapor berkata, pelbagai ubat yang tidak mendapat kelulusan KKM turut ditemukan dan dirampas.

Katanya, premis terbabit dipercayai menyasarkan pelanggan warga asing, manakala siasatan awal mendapati pesakit dibawa ke bilik belakang untuk menjalani pemeriksaan sebelum diberikan ubat.

Antara ubat yang dirampas termasuk antibiotik, ubat darah tinggi dan ubat jangkitan kulat, selain ubat suntikan kebas serta set jarum.

Kebanyakan ubat berkenaan disyaki dibawa masuk dari Bangladesh, manakala KKM kini menyiasat identiti penyewa premis serta individu yang dipercayai berperanan sebagai doktor. – KOSMO! ONLINE

The post Klinik haram warga asing: KKM tidak tolak lebih banyak lokasi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved