Klinik Kesihatan Wanita ISN: Mempromosikan Kesihatan dan Kesejahteraan Atlet Wanita

6 Nov 2024 • 12:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Institut Sukan Negara (ISN) dan Kementerian Belia dan Sukan telah melancarkan satu inisiatif baru yang berfokus pada penjagaan kesihatan wanita untuk atlet-atlet negara, dalam usaha untuk memenuhi keperluan khusus atlet wanita, terutama yang menghadapi isu kesihatan wanita dalam sukan.

Untuk makluman, ISN telah membuka sebuah klinik kesihatan wanita yang beroperasi di Pusat Perubatan Sukan Negara, ISN dan telah dirasmikan pada 4 Oktober 2023. Klinik khas untuk atlet wanita ini akan beroperasi pada setiap hari Rabu dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Menurut kenyataan di laman web ISN, klinik ini diwujudkan selepas menerima maklum balas daripada sesi townhall yang telah dikendalikan bersama atlet wanita pada bulan Ogos 2023.

image is not available

Fokus pada Kesihatan Atlet Wanita

Dikendalikan oleh Dr. Jerilee Mariam Kong Azhary, seorang pakar obstetrik dan ginekologi berpengalaman dari Fakulti Perubatan Universiti Malaya, klinik ini menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan wanita.

image is not available

Antara khidmat yang disediakan adalah perundingan dan konsultasi, pemeriksaan kesihatan, rujukan luar, serta sesi pendidikan kesihatan wanita. Klinik ini juga direka khusus untuk membantu atlet wanita di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN), memberi ruang kepada mereka untuk mendapatkan bantuan kesihatan yang relevan dengan keperluan sukan mereka tanpa sebarang caj.

Menyokong Prestasi Atlet Melalui Kesihatan

Kewujudan klinik kesihatan wanita ini bertujuan untuk memperkasakan kesihatan atlet wanita negara, di mana kesihatan yang baik dan terjaga memainkan peranan penting dalam mencapai prestasi optimum dalam sukan.

image is not available

Dalam pada itu, ISN komited untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti bagi menangani cabaran kesihatan wanita dalam sukan, sekali gus menyokong atlet dalam menangani isu-isu kesihatan yang mungkin memberi impak kepada prestasi mereka.

image is not available

Melalui inisiatif ini, diharapkan atlet wanita negara akan dapat memanfaatkan peluang perkhidmatan kesihatan ini dengan sebaiknya dalam usaha mencapai potensi terbaik mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi ISN, atau layari laman sosial mereka di Facebook dan juga Instagram.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.