Klon P. Ramlee sudah tiada, Fairuz Misran meninggal di usia 38 tahun

8 Sep 2023 • 3:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi bersuara emas dan sering dipanggil klon Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Fairuz Misran dikhabarkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir hari ini.

Meninggal dunia di Sabah

Memetik laporan dari Mstar, Fairuz yang berusia 38 tahun meninggal dunia di Hospital Licious, Labuan kira-kira jam 1.30 petang tadi.

Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh sahabatnya dikenali sebagai Munirah.

“Benar, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Licious Labuan kira-kira pukul 1.30 petang tadi.

“Bagiamanapun saya tiada maklumat lebih lanjut mengenai pemergiaannya,” katanya.

image is not available

Untuk rekod, Fairuz pernah menjuarai pertandingan bintang P.Ramlee peringkat Kebangsaan pada 2012. Allahyarham juga terkenal dengan gelaran klon P.Ramlee memandangkan mempunyai rupa paras serta vokal yang hampir mirip dengan seniman tersebut.

image is not available

Difahamkan, allahyarham merupakan anak jati Sabah dan dilahirkan di Sandakan, Sabah namun dibesarkan di Papar sebelum menetap di Labuan.

 

Sumber: Mstar