
Klook Bawa Rakyat Malaysia Lebih Dekat Dengan 4 Acara Sukan Terbesar Dunia
Klook, platform pengalaman pelancongan terkemuka di rantau Asia Pasifik, hari ini mengumumkan peluasan penawarannya merangkumi acara sukan dan acara langsung, sekali gus mendekatkan peminat sukan kepada antara acara sukan terbesar dunia daripada Piala Dunia FIFA 2026 hingga Formula 1™, selain Roland-Garros dan Wimbledon.
Pelancaran ini menambah kategori Sukan dan Acara Langsung dalam rangkaian pengalaman Klook, membolehkan pengguna merancang perjalanan mereka dengan lebih mudah, termasuk akses kepada pengalaman hari perlawanan premium.
Di Malaysia, bola sepak kekal sebagai sukan paling popular, didorong oleh keterikatan emosi yang kuat dalam kalangan peminat serta impian berterusan untuk melihat Harimau Malaya beraksi di pentas Piala Dunia.

Dalam masa yang sama, Formula 1™ turut menyaksikan peningkatan minat, dipacu oleh fenomena budaya pop seperti siri Netflix Drive to Survive serta filem F1 (2025), di samping rasa bangga rakyat Malaysia terhadap peranan Petronas sebagai penaja utama pasukan Mercedes-AMG Petronas Formula 1.
Minat ini semakin mempengaruhi corak pelancongan rakyat Malaysia, dengan ramai peminat merancang perjalanan bersempena perlawanan besar dan hujung minggu perlumbaan, sekali gus menjadikan pengalaman sukan sebagai sebahagian daripada percutian.
Peluasan penawaran ini sejajar dengan perubahan tingkah laku pelancong. Dapatan daripada Klook Travel Pulse 2026 menunjukkan acara berskala besar kini menjadi antara faktor utama dalam perancangan perjalanan. Satu daripada lima pelancong global merancang percutian mereka berdasarkan sesuatu acara, manakala 25% menjadikan acara sukan sebagai motivasi utama.
Bagaimana acara mempengaruhi corak pelancongan:
91% peminat menggunakan acara besar sebagai peluang untuk melanjutkan tempoh percutian, dengan 41% memilih untuk tinggal sekurang-kurangnya tiga hari tambahan bagi meneroka destinasi dan tarikan tempatan.
Hampir separuh peminat kini membeli tiket acara antara satu hingga enam bulan lebih awal, memberi lebih masa untuk merancang keperluan perjalanan lain seperti pengangkutan dan aktiviti.
“Piala Dunia, Roland-Garros, Wimbledon dan Formula 1™ merupakan antara acara sukan paling ikonik di dunia, dan kini semakin menjadi sebab utama orang ramai untuk melancong. Dengan menghimpunkan keempat-empat acara ini dalam satu platform, peminat boleh merancang keseluruhan perjalanan mereka, daripada akses perlawanan dan hospitaliti premium hingga ke lawatan tempatan, pengangkutan dan sambungan perjalanan,” kata Nathan Szabo, Ketua Bekalan Barat dan Perkongsian Strategik Klook.

Piala Dunia 2026
Piala Dunia 2026 akan berlangsung di 16 bandar tuan rumah di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026, menjadikannya edisi terbesar dalam sejarah kejohanan itu. Klook menawarkan pakej hospitaliti termasuk tempat duduk premium, sajian eksklusif dan pengalaman hari perlawanan yang dipertingkatkan.
Bagi rakyat Malaysia, Piala Dunia kekal sebagai acara sukan utama yang menyatukan peminat bola sepak melalui pengalaman tontonan bersama.

Formula 1™
Tiket dan pakej hospitaliti Formula 1™ kini tersedia untuk kesemua 24 perlumbaan dalam kalendar global 2026. Klook menawarkan pelbagai pilihan termasuk tempat duduk grandstand, akses hospitaliti serta pas harian.
Roland-Garros 2026
Sebagai Penjual Semula Hospitaliti Rasmi, Klook menawarkan pakej VIP Roland-Garros 2026 yang merangkumi tempat duduk tepi gelanggang, akses ke ruang hospitaliti eksklusif serta pengalaman kulinari di Paris. Kejohanan ini berlangsung di Stade Roland-Garros dari 24 Mei hingga 7 Jun 2026.

Wimbledon 2026
Tiket debenture Wimbledon 2026 kini boleh didapati di Klook. Berlangsung di All England Club, London dari 29 Jun hingga 12 Julai 2026, Wimbledon merupakan kejohanan Grand Slam tertua dan paling berprestij dalam dunia tenis.
Tiket bagi Piala Dunia 2026, Roland-Garros 2026, Wimbledon 2026 and Formula 1™ kini tersedia di platform Klook.

Pasaran pelancongan sukan global, yang dianggarkan bernilai USD813.38 bilion pada 2026, dijangka mencecah USD1,984.17 bilion menjelang 2034, dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 11.79%.
Selaras dengan pertumbuhan itu, Klook memperluas penawarannya merangkumi acara sukan utama dan acara langsung, sekali gus memberi peminat akses premium kepada empat acara sukan paling ikonik dunia: Piala Dunia 2026, Roland-Garros 2026, Wimbledon 2026 dan Formula 1™.
