Kod QR Di Belakang MyKad Baharu Hanya Boleh Dibaca Oleh Pihak Berkuasa Seperti JPN

LocalTechnology
17 Sep 2026 • 3:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kod QR Di Belakang MyKad Baharu Hanya Boleh Dibaca Oleh Pihak Berkuasa Seperti JPN

Rekaan MyKad baru telah diperlihatkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara semalam, dan ia memperlihatkan sejumlah rekaan dan ciri-ciri keselamatan tambahan baharu yang telah diperkenalkan padanya, termasuklah cip IC dan juga sebuah kod QR di bahagian belakang dokumen identiti tersebut.

Melalui The Star, ia dilaporkan bahawa kod QR tersebut tidak boleh dibaca oleh kamera peranti atau pengimbas QR biasa, kerana kegunaannya adalah dikhaskan untuk pihak berkuasa dan jabatan-jabatan kerajaan seperti JPN.

Kod QR tersebut hanya boleh dibaca oleh pihak-pihak berkuasa tertentu, dan tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat butiran peribadi yang terkandung didalam MyKad tersebut, dan bukan untuk tujuan-tujuan lain seperti menerima pembayaran dan sebagainya.

Dengan pengenalan MyKad baru ini, pihak JPN melalui Muhammad Asraf Sukadi, Pengarah Bahagian Kad Pengenalan juga mengatakan bahawa jumlah rakyat yang telah datang ke cawangan-cawangan JPN pada hari pertama untuk menukar MyKad mereka telah meningkat ke 300 keping kad pada waktu pagi, berbanding dengan 100-200 keping kad dalam jangkamasa yang sama.

Image from: Kod QR Di Belakang MyKad Baharu Hanya Boleh Dibaca Oleh Pihak Berkuasa Seperti JPN

Dalam pada itu, pihak JPN juga mengatakan bahawa mereka yang mahu menukar dan pendapatkan MyKad baharu pada hari yang sama boleh melawati salah satu daripada 40 cawangan JPN di seluruh negara untuk mendapatkannya.

Cawangan-cawangan lain juga boleh mengeluarkan MyKad baru, tetapi akan mengambil masa beberapa hari untuk rakyat mendapatkannya.

Sumber: The Star

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved