Kogi sah diikat Chungbuk Cheongju FC

13 Jan 2023 • 7:07 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Bekas pemain Petaling Jaya (PJ) City FC, R. Kogileswaran, sah diikat kelab daripada Liga Korea Selatan, Chungbuk Cheongju FC, hari ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Christopher Raj menerusi laman Instagram rasminya.

Kogileswaran yang turut dikenali sebagai Kogi dimaklumkan mengikat kontrak selama setahun bersama kelab yang bermain di liga divisyen dua (K2) negara itu.

Beliau yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan sebelum ini turut dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Singapura, Tampines Rovers namun memilih Liga Korea sebagai destinasi utamanya.

Pemain berusia 24 tahun itu sekali gus menjadi pemain kedua dari rantau Asia Tenggara dalam saingan K2 di mana sebelum ini ketua pasukan skuad kebangsaan Indonesia, Asnawi Mangkualam, beraksi bersama Ansan Greeners FC. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved