Kok Leong cipta sejarah, rangkul gelaran juara Snuker Dunia 2022

12 Nov 2022 • 3:59 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Pemain snuker negara Lim Kok Leong berjaya mencipta sejarah selepas muncul sebagai pemain Malaysia pertama merangkul gelaran Kejohanan Snuker Dunia 2022 yang berlangsung di Antalya, Turki, semalam.

Menurut laman sesawang kejohanan itu, esnooker.pl dalam perlawanan final yang berlangsung di Hotel Sueno Deluxe Belek, atlet berusia 27 tahun itu berjaya mengetepikan cabaran juara snuker Asia Amir Sarkhosh dari Iran 5-0 (68-63, 67-42, 78-0, 80-7, 73-54) dalam pertarungan selama 16 minit.

Pada Mei lepas, Kok Leong meraih pingat emas acara snuker dan biliard 6 red perseorangan lelaki dan membawa pulang perak acara snuker individu lelaki pada Sukan SEA ke-31.

Meneruskan rentak kecemerlangan itu, Kok Leong turut meraih gelaran dalam Kejohanan Snuker Berpasukan Lelaki Dunia bersama pasangan Moh Keen Ho pada bulan lepas, yang menyaksikan gandingan itu mengulangi pencapaian sama pada edisi 2015 di Karachi, Pakistan.-Bernama