Kolaborasi Pak Mat Western Dengan Johan Ghazali Raih Perhatian Ramai, Siap Ada Babak Bergaduh [Video]

21 Dec 2023 • 12:59 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Restoran dan pembekal makanan sejuk beku berasaskan perapan daging, Pak Mat Western cukup dikenali ramai kerana strategi pemasarannya yang sering melakukan video kolaborasi bersama selebriti terkenal serta orang-orang ternama dan popular.

Jika sebelum ini, video lakonan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjadi ejen dan rider penghantaran Pat Mat Western berjaya mencuri tumpuan ramai.

Tular Pak Mat Western berkolaborasi bersama Johan Ghazli (Jojo)

Kini tular pula video kolaborasi Pak Mat Western bersama jaguh Muay Thai muda negara yang sedang meningkat naik iaitu Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun media sosial Pak Mat Western, kelihatan Jojo menumpaskan beberapa orang lelaki yang cuba mengganggunya semasa sedang duduk di kedai makan.

Lakonan yang dibawa Jojo itu merupakan gambaran tentang kerjayanya pada ketika ini sebagai peninju Muay Thai negara sehingga berjaya mendapat kontrak daripada ONE Championship bernilai AS$100,000 (RM465,200) hasil usaha kerja kerasnya.

Dalam video tersebut, Jojo yang baru berusia 17 tahun itu juga kelihatan disajikan dengan salah satu hidangan terkenal Pak Mat Western iaitu Big Platter.

Video berdurasi 2.30 minit itu berjaya mencuri tumpuan ramai sekali gus meraih pelbagai reaksi daripada netizen.

Netizen puji strategi pemasaran Pak Mat Western dan lakonan Jojo

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji strategi pemasaran yang dilakukan oleh syarikat terbabit kerana sering berkolaborasi dengan individu yang sedang menjadi bualan ramai.

Malah ada juga yang memuji lakonan Jojo dan mendakwa dia boleh menjadi seorang pelakon suatu hari nanti seperti John Cena dan The Rock yang pada awalnya hanyalah ahli gusti.

image is not available

image is not available

image is not available

Terdahulu, Pak Mat Western juga pernah bekerjasama dengan seorang graduan tular di media sosial yang dikenali sebagai Fahd kerana ketampanannya sehingga menjadi tumpuan rata-rata jenama dan syarikat ternama.

Laju betul diorang buat kerja, semua nama-nama ‘viral’ dia sapu…

Source: