Kolej Komuniti Jempol terbakar, makmal komputer musnah sepenuhnya

29 Aug 2025 • 11:53 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Operasi pemadaman bangunan dua tingkat yang menempatkan makmal komputer, ruangan kelas dan pejabat.

image is not available
Pasukan bomba mengawal kebakaran di bangunan Kolej Komuniti Jempol pada pagi Jumaat.

JEMPOL - Sebuah makmal komputer di Kolej Komuniti di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku pada pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.41 pagi itu, kebakaran turut menjejaskan beberapa ruang kelas dan pejabat di bangunan tersebut.

Komander Operasi Kanan, PKPgB Mohd Hidayat Basly berkata, tiga pasukan bomba digerakkan sejurus menerima panggilan kecemasan membabitkan bangunan Kolej Komuniti Jempol di Jalan Tim 1/1, Taman Industri Jempol.

**media[3254865]**

“Setibanya jentera di lokasi pada jam 8.52 pagi, didapati kebakaran melibatkan sebuah bangunan rumah kedai dua tingkat bersaiz 12.2x15.2 meter

“Satu unit yang dijadikan makmal komputer musnah 100 peratus, manakala enam unit lain yang dijadikan kelas dan pejabat turut terjejas pada bahagian bumbung,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Operasi pemadaman melibatkan seramai 18 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bahau, Seri Jempol dan Kuala Pilah, dengan kekuatan tiga jentera iaitu satu FRT dan dua LFRT.

“Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 9.10 pagi dan operasi masih diteruskan bagi memastikan tiada lagi punca api tersembunyi,” katanya.