Komedi Romantik Hingga Ke Genre Aksi, Ini 5 Watak Ikonik Aaron Aziz Yang Paling Diingati Peminat Sehingga Kini!

13 Jun 2024 • 5:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Nama Datuk Aaron Aziz dalam industri lakonan di Malaysia bukanlah satu nama yang asing. Sejak 2004, pelakon asal Singapura itu mula menghiasi kaca televisyen menerusi beberapa drama bersiri popular tempatan.

Tidak terhenti setakat itu, pada 2008, karier lakonannya terus berkembang sehingga ke layar lebar. Pelbagai genre filem telah dilakonkan. Baik genre komedi romantik mahupun aksi, masih ada watak-watak yang dimainkan oleh Aaron kenal ikonik dan diingati hingga kini.

Berikut merupakan lima watak dalam filem yang dilakonkan oleh Aaron Aziz yang masih diingati sehingga kini:

Malek (KL Gangster)

KL Gangster berkisar tentang Malek lakonan Aaron Aziz yang merupakan abang kepada Jai (Datuk Adi Putra) dihukum penjara selama lima tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri. Watak Malek begitu sinonim dengan Aaron sehinggakan nama Malek itu sendiri sudah melekat dengan pelakon berusia 48 tahun itu.

Hariz (Ombak Rindu)

Filem adaptasi novel, Ombak Rindu merupakan antara filem tempatan yang pernah mencetuskan fenomena suatu ketika dahulu. Selain watak aksi, watak lelaki kaya dan rupawan bernama Hariz juga cukup sinonim dengan Aaron.

Ari (Pisau Cukur)

Siapa yang boleh lupa dengan filem Pisau Cukur? Persis naskhah chic-lit yang sering diketengahkan di Hollywood, Aaron menjayakan watak seorang penyiasat persendirian bernama Ari yang sama-sama membantu wartawan dikenali sebagai Intan (Nur Fazura) dalam merungkai kes bunuh di atas sebuah kapal persiaran.

Zarief Daniel (Suamiku, Encik Perfect 10)

Watak Zarief Daniel barangkali tidak sekuat watak-watak dalam filem lain. Namun, chemistry yang tercetus antara Aaron (Zarief Daniel) dan Aleeya Azmeen (Lisa Surihani) sudah cukup untuk memukau peminat sepanjang filem dimainkan.

Farid (The Experts)

image is not available
Terbaharu, Aaron kembali dengan The Experts, sebuah filem aksi berkisarkan tentang Farid dan adik-adiknya iaitu Amer (Remy Ishak), Lan (Ray Dap Dap), Emma (Mimi Lana) dan Keyrol (Syafiq Kyle) kembali bersatu selepas menerima satu ugutan.

Mereka mendapat arahan daripada gangster paling berbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.

Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.

Korang dah tengok filem The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.