Komisen tinggi platform digital bebankan PMKS – Anwar

LocalBusiness & Finance
21 Oct 2026 • 4:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Komisen tinggi platform digital bebankan PMKS – Anwar

PETALING JAYA– Kerajaan memberi perhatian terhadap amalan platform digital yang mengenakan komisen tinggi, terma kontrak menyekat dan kawalan data pengguna sehingga berpotensi membebankan perniagaan tempatan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu berkenaan antara perkara yang diteliti dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) Bilangan 3 Tahun 2026 yang dipengerusikannya hari ini.

“Pertumbuhan ekonomi digital negara perlu berlandaskan persaingan yang adil bagi memastikan perniagaan tempatan turut mendapat manfaat daripada perkembangan teknologi.

“Pertumbuhan ekonomi digital mesti berlandaskan persaingan yang adil, termasuk menangani amalan platform yang boleh membebankan perniagaan tempatan,” katanya menerusi satu hantaran hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat itu turut meneliti kemajuan ekonomi digital negara, pengukuhan infrastruktur digital, penjimatan perbelanjaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerajaan serta dapatan kajian Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenai persaingan dalam ekosistem ekonomi digital.

Anwar menegaskan, kerajaan mahu memastikan ekonomi digital bukan sahaja menarik pelaburan dan memacu pertumbuhan, malah membuka peluang yang adil kepada perniagaan tempatan serta memudahkan urusan rakyat.

Katanya, usaha itu penting bagi memastikan manfaat perkembangan ekonomi digital dapat dinikmati secara bersama oleh seluruh rakyat dan sektor perniagaan. – KOSMO! ONLINE

The post Komisen tinggi platform digital bebankan PMKS – Anwar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved