“Kompaun akan dibayar” – Tular Gambar Menteri Luar Negeri Mer*kok Di Kedai Makan, Ini Respon Menteri Kesihatan

Entertainment
18 Dec 2024 • 12:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pada 15 Disember lepas, tular sebuah foto di laman X memaparkan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Mat dilihat sedang ‘melepak’ di sebuah restoran dekat Pekan Rantau.

Namun apa yang tidak menyenangkan ramai pihak ialah tindakan menteri ini yang didakwa sedang merokok di sebuah restoran, yang mana kawasan itu adalah antara 28 kawasan larangan merokok.

image is not available

image is not available

“DS Mohamad Hasan sendiri minta KKM isukan kompaun ke atas kesalahan tersebut”

Susulan tular gambar itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad membuat satu hantaran di X menyatakan pendiriannya mengenai hal tersebut.

Menurutnya, beliau masih berpegang dengan prinsip bahawa ‘Tiada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang’.

image is not available

Dalam hantaran terbaru pagi ini pula, Dr Dzulkefly berkata, pegawai yang diberi kuasa dari PKD Seremban akan berjumpa dengan Menteri Luar Negeri untuk memberi notis kesalahan dan kompaun berhubung kesalahan tersebut.

Jujurnya, YBM DS Mohamad Hasan sendiri minta KKM isukan kompaun ke atas kesalahan tersebut dan beliau memberitahu saya, kompaun akan dibayar,” tulisnya di X.

Posting berkenaan mendapat respon positif netizen yang juga turut memberi nasihat agar Tok Mat perlahan-lahan berhenti dari habit merokoknya kerana ia membahayakan kesihatan.

Betul juga nasihat netizen tu. Semoga Tok Mat sihat selalu.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.