Komposer direman serang, ugut pelajar IPTS gara-gara asap rokok

4 Aug 2026 • 5:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Komposer direman serang, ugut pelajar IPTS gara-gara asap rokok

KUALA LUMPUR – Rasa tidak puas hati akibat gangguan asap rokok dipercayai menjadi punca seorang komposer warga asing bertindak menyerang dan mengugut seorang penuntut institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di sebuah kawasan kediaman di Sungai Besi, di sini, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, kejadian pada 11 Julai lalu itu membabitkan suspek berusia 39 tahun yang bekerja sebagai komposer, manakala mangsa merupakan pelajar di sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) berusia 30-an.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah (D7) IPD Cheras telah melakukan serbuan di sebuah unit kediaman di Razak City Residences sekitar pukul 1.51 pagi pada 26 Julai lalu.

“Dalam serbuan tersebut, pihak polis berjaya menahan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (sengaja mendatangkan kecederaan) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (menakutkan secara jenayah).

Katanya, suspek ditahan reman sehingga 10 Ogos ini dan kertas siasatan kini sedang dilengkapkan untuk dirujuk kepada timbalan pendakwa raya. – KOSMO! ONLINE

The post Komposer direman serang, ugut pelajar IPTS gara-gara asap rokok appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved