Wanita warga asing ditahan disyaki ugut sebar gambar intim

3 Aug 2026 • 1:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wanita warga asing ditahan disyaki ugut sebar gambar intim

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang wanita warga China yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemerasan dengan mengugut menyebarkan gambar intim bagi mendapatkan wang daripada mangsa dalam kejadian di Cheras, Jun lalu.

Sumber berkata, kejadian itu disedari selepas pengadu menerima maklumat daripada pekerjanya berhubung mesej ugutan yang dikirim suspek.

Menurutnya, pengadu dimaklumkan oleh pekerjanya ketika berada di China bahawa suspek mengancam akan menyebarkan gambar intim membabitkan individu berkaitan jika gagal memenuhi permintaan wang.

“Suspek dipercayai mengugut untuk menyebarkan gambar intim membabitkan individu berkaitan sekiranya permintaan wang tidak dipenuhi.

“Bagaimanapun, pengadu tidak menyerahkan sebarang wang kepada suspek sebelum membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud mengesahkan pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada pukul 4.45 petang, 8 Julai lalu.

Beliau berkata, seorang perempuan warga China yang disyaki terlibat dalam kes pemerasan wang sudah ditahan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan ketakutan bencana dengan tujuan hendak melakukan pemerasan,” ujarnya.

Jelasnya, suspek telah ditahan reman bermula 23 sehingga 28 Julai lalu dan kertas siasatan kini sedang dilengkapkan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR). – KOSMO! ONLINE

The post Wanita warga asing ditahan disyaki ugut sebar gambar intim appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved