Konfem Belalak, Ini Resipi Umai Obor-Obor Yang Ringkas Dan Mudah

23 Mar 2024 • 7:55 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Menu pembuka selera.

Konfem Belalak, Ini Resipi Umai Obor-Obor Yang Ringkas Dan Mudah. Adakah anda masih tercari-cari hidangan yang anda perlukan untuk jamuan hari ini? Kami ada cadangan yang pasti membuatkan anda rasa berselera hari ini iaitu umai obor-obor. Untuk pengetahuan anda, umai obor-obor ini merupakan salah satu hidangan Sarawak yang dibuat dengan menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan mudah didapati di dapur anda.

Apatah lagi jika dimakan untuk juadah berbuka puasa, pasti mengangkat selera! Jom kita lihat resepi penuh.

image is not available
Konfem Belalak, Ini Resipi Umai Obor-Obor Yang Ringkas Dan Mudah

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 1 mangkuk obor-obor
  • 5-7 biji cili padi
  • 2 biji cili besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah (dihiris halus)
  • 1 biji bawang besar (dihiris halus)
  • 5-9 biji limau kasturi
  • Kacang tanah kisar
  • Garam
  • 4 sudu cuka
  • Perasa ajinomoto

Cara membuatnya

  1. Cuci dan rendam obor-obor dalam air selama 15 hingga 30 minit untuk membuang rasa masin berlebihan pada obor-obor. Hiris halus.
  2. Masukkan cuka ke dalam mangkuk obor-obor yang telah direndam. Ketepikan seketika.
  3. Kisarkan cili padi, cili besar, serta bawang putih sehingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk berisi obor-obor dan gaul sebati.
  4. Kemudian, masukkan bawang besar dan bawang merah yang telah dihiris halus dan gaul sekali lagi.
  5. Masukkan hirisan limau kasturi jika anda mahu.
  6. Tambahkan garam dan perasa ajinomoto.
  7. Untuk menambahkan keenakan umai obor-obor ini, tambahkan kacang tanah yang telah dikisar. Siap untuk dihidang.

Jika anda sukakan rasa lemak manis masam dalam umai obor-obor ini, anda juga boleh tambahkan sedikit kicap pekat manis (ABC atau Sedaap). Mesti ‘belalak’ kata orang Sarawak.

image is not available

Jangan lupa untuk kongsi umai obor-obor yang telah anda hasilkan di ruangan komen, okay? Selamat mencuba!

Lihat juga resipi lain yang best dan menarik :