Kongres FAM: Ab Ghani layak diangkat

LocalFootball
16 Sep 2026 • 8:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kongres FAM: Ab Ghani layak diangkat

PRESIDEN Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan dilabel sebagai individu yang lebih mengutamakan keperluan bola sepak berbanding mencari publisiti peribadi.

Pandangan itu dizahirkan oleh bekas pengendali skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara, Bojan Hodak selepas melihat sendiri keperibadian Ab Ghani ketika bergelar pengurus pasukan skuad muda negara.

“Dua tahun saya bekerjasama dengan Ab Ghani dan kali pertama kami berjumpa, beliau sudah beritahu sebagai pengurus pasukan, beliau tetap akan sokong saya sebagai jurulatih pada waktu itu.

“Beliau juga tegaskan yang beliau tidak akan pernah ganggu atau masuk campur apa-apa, tetapi akan tolong sekiranya kami perlu bantuan dan saya rasa sebab itulah kami akhirnya merangkul kejuaraan buat julung kalinya.

“Ab Ghani bukan individu yang nak letak diri dia di hadapan, tapi setiap kali kita perlukan sesuatu, dia orang pertama yang akan ada dan bagi saya, itulah karakter sebenar untuk jadi seorang pemimpin,” jelasnya.

Pada Kongres Pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), esok, Ab Ghani akan dicabar oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar untuk merebut jawatan presiden.

Mengulas mengenai persaingan pada Kongres Pemilihan FAM kali ini, Hodak secara peribadi melihat Ab Ghani individu yang lebih layak.

“Saya nampak Ab Ghani bertanding untuk posisi Presiden FAM, bersama-sama dengan Shahril juga dan saya pernah bekerjasama dengan kedua-dua individu ini.

“Tapi secara peribadi saya rasa Ab Ghani layak untuk menjawat jawatan itu sebab selama saya pernah bekerja bersamanya, saya melihat bagaimana cara beliau meletak segalanya untuk pasukan kami ketika AFF 2018 itu, ” katanya.

 

The post Kongres FAM: Ab Ghani layak diangkat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved