Kongres FAM: Shahril mampu bawa pembaharuan

LocalFootball
16 Sep 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kongres FAM: Shahril mampu bawa pembaharuan

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar harus diberi peluang untuk mengetuai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai presiden yang baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon menaruh harapan untuk ahli gabungan supaya memberi kepercayaan kepada Shahril pada kongres pemilihan yang berlangsung esok.

Johan percaya, Shahril sememangnya memiliki kemampuan untuk memimpin FAM dan menghadirkan pembaharuan kepada bola sepak negara.

“Ahli gabungan harus percaya dan yakin bahawa mereka sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan bola sepak Malaysia.

“FAM ini untuk semua, setiap ahli gabungan perlu bersama-sama terbabit dalam pembangunan bola sepak dan saya percaya dengan kebersamaan serta keyakinan yang mereka ada, kita boleh membawa bola sepak lebih jauh.

“Jadi, saya berharap mereka akan memberi sokongan dan juga keyakinan kepada Datuk Seri Shahril yang mana menerusi manifestonya, beliau ingin melakukan pembaharuan.

“Bukan beliau menidakkan apa yang sudah dibuat selama ini, tetapi merasakan apa yang dibuat boleh diperbaiki dan ditambah baik lagi. Saya percaya semua ahli gabungan akan membuat keputusan terbaik semasa mengundi Khamis ini,” katanya.

Johan juga akan bertanding untuk merebut dua kerusi Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) kelab (FC) dan bakal dicabar oleh empat lagi calon lain termasuk Datuk Kamarudin Hassan, Datuk Syed Mahadi Syed Hassan, Datuk Dr P Sugumaran dan Muhammad Faliq Firdaus.

Mengulas mengenai peluangnya, Johan menyatakan kesediaan untuk beri sumbangan yang boleh menghadirkan perkembangan positif buat bola sepak negara.

“Saya akan cuba sedaya upaya untuk bersama-sama rakan di negeri lain untuk kita berkongsi idea terhadap struktur pembangunan bola sepak yang lebih mampan membabitkan semua pihak,” katanya.

The post Kongres FAM: Shahril mampu bawa pembaharuan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved