FAM tidak ikut telunjuk mana-mana pihak

LocalFootball
16 Sep 2026 • 5:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: FAM tidak ikut telunjuk mana-mana pihak

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) bukan organisasi yang mengikut telunjuk pihak tertentu dan sebarang dakwaan yang dibuat perlu dikeluarkan secara berhati-hati serta berdasarkan fakta.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, FAM mempunyai struktur, peraturan, perlembagaan serta mekanisme tertentu dalam proses membuat keputusan dan perkara tersebut perlu dihormati.

Namun, Reezal mengakui kritikan dan perbezaan pandangan merupakan sebahagian daripada proses demokrasi dalam sesebuah organisasi.

“Kalau kita mahu bercakap mengenai sesuatu keputusan FAM, kita perlu melihat siapa yang mempunyai bidang kuasa, apakah proses yang dilalui dan apakah peraturan yang terpakai.

“Jangan kita terus membina persepsi seolah-olah sesuatu keputusan dibuat kerana arahan atau telunjuk pihak tertentu sedangkan kita tidak melihat keseluruhan proses yang berlaku.

“Jika ada kelemahan, kita perbaiki. Jika ada proses yang perlu diperkemaskan, kita perkemaskan. Tetapi semuanya perlu dilakukan melalui fakta, peraturan dan proses yang betul.

“Ini penting supaya usaha memperkukuh FAM tidak akhirnya menghasilkan persepsi yang tidak tepat terhadap keseluruhan organisasi,” katanya.

Sebagai rekod, FAM bakal memiliki Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) baharu bagi penggal 2025-2029 yang akan dilantik pada Kongres Luar Biasa di Petaling Jaya, esok. – KOSMO! ONLINE

The post FAM tidak ikut telunjuk mana-mana pihak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved