Kongsi foto mesra dengan lelaki berjambang, netizen dakwa Noor Nabila kini dilamun cinta?

EntertainmentLifestyle
4 Feb 2026 • 4:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perkongsian terbaharu usahawan terkenal, Noor Nabila menjadi perhatian ramai selepas memuat naik sekeping foto bersama seorang lelaki berjambang di media sosial.

Foto mesra rangkul pinggang

image is not available

Dalam foto tersebut, lelaki berkenaan dilihat merangkul pinggang Nabila, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi hantaran itu, lelaki terbabit tampil ringkas mengenakan kemeja putih, manakala Nabila pula anggun mengenakan gaun berwarna ungu.

image is not available

Gambar berkenaan dikongsikan menerusi Instastory milik Nabila pada petang Rabu. Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai netizen berpendapat mereka kelihatan sepadan dan serasi apabila bersama.

Malah, ada juga yang berseloroh dengan mengusik kakak kepada pengacara terkenal, Neelofa itu dengan menyamakan mereka seperti pasangan pengantin baharu.

Selamat pengantin baru

image is not available

Untuk rekod, Nabila pernah mendirikan rumah tangga buat kali pertama pada Julai 2013, namun perkahwinan tersebut berakhir setahun kemudian.

Dia kemudiannya berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada Mac 2017 sebelum disahkan bercerai pada Julai 2020.

Seterusnya, Nabila bernikah dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Mac 2021, namun ikatan tersebut juga tidak berkekalan dan berakhir pada tahun berikutnya.

Sumber: Instagram noornabila