Ramai Petik Nama Aliff Aziz Sebagai Kekasih Baru Noor Nabila, Ini Respon Tuan Badan

LocalEntertainment
5 Feb 2026 • 12:06 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Nama selebriti kontroversi dari Singapura, Aliff Aziz menjadi sebutan selepas usahawan Noor Nabila memuat naik gambar lelaki misteri di Instagram Story.

Nabila yang anggun bergaun ungu dilihat bergambar rapat dengan lelaki yang wajahnya ditutup dengan emoji hati.

Netizen petik nama Aliff Aziz

Sipi-sipi je nampak tubuh tinggi lampai dan berjambang membuatkan ada netizen menuduh kekasih Nabila adalah penyanyi Singapura tersebut.

image is not available

Terbaru, Nabila sekali lagi berkongsi foto bersama kekasihnya, tapi kali ni nampak bibir seolah-olah nak nafikan tuduhan netizen.

image is not available

Menerusi hantaran itu, Nabila menulis, “Posting ini bertujuan untuk hentikan fitnah-fitnah nurtizen” diikuti emoji ketawa terbahak-bahak.

“Yang penting bukan Aliff Aziz”

Netizen turut membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi lucu dan tidak kurang juga yang lega kerana Nabila dengan jelas menyatakan bukan Aliff Aziz.

image is not available

Apa-apa pun, jelas kelihatan Nabila mahu menghentikan sebarang salah faham atau spekulasi liar yang boleh mencetuskan kontroversi.

Pssttt! Kali ini, Nabila bertindak pantas untuk hentikan tanda tanya netizen. Apapun, doakan yang baik-baik saja untuk beliau, kalau dah jodoh apa salahnya!

Kredit: Instagram Noor Nabila
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Ramai Petik Nama Aliff Aziz Sebagai Kekasih Baru Noor Nabila, Ini Respon Tuan Badan appeared first on Oh! Media.