Kongsi Gambar Mata Lebam, Zahnita Wilson Dakwa Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Sejak Sekian Lama

LocalEntertainment
2 Dec 2024 • 12:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
zahnita

Pelakon dan bekas model terkenal, Zahnita Wilson, mengejutkan ramai apabila memuat naik foto menunjukkan matanya lebam. Foto tersebut turut disertai kapsyen yang membangkitkan rasa ingin tahu ramai.

Menurut Zahnita, dia sebenarnya tidak mahu mendedahkan kejadian sebenar tetapi terpaksa kerana keadaan yang mendesak.

Mata Zahnita lebam, punca selalu pakai spek hitam

image is not available

Lebam tersebut dikatakan menjadi punca mengapa dia meninggalkan rumah lamanya dan sering mengenakan kaca mata hitam.

Memetik laporan mStar, selebriti ini mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak sekian lama.

Dakwanya, dia dipukul suami selepas bertanyakan mengenai hubungan bersama wanita lain. Zahnita mendakwa suaminya langsung tidak boleh dibawa berbincang membuatkan dia terpaksa mendedahkan perkara tersebut.

Punca saya dipukul adalah sebab saya bertanya suami tentang dia dan wanita lain tetapi langsung tak boleh bawa berbincang.

Bekas model ini juga mendakwa ada beberapa individu muncul di hadapan rumah ibunya di Kuantan Pahang.

Individu berkenaan mendakwa dari agensi namun tidak menunjukkan sebarang laporan polis atau waran tangkap. Individu tersebut dikatakan mahu membawanya ke balai polis untuk mengambil keterangan.

Kini, Zahnita sedang menunggu peguamnya tiba di Kuantan untuk berbincang mengenai tindakan selanjutnya.

Peminat mendoakan Zahnita

image is not available

Di ruangan komen, para peminat mendoakan semoga urusan selebriti ini dipermudahkan. Ramai juga yang meminta Zahnita segera mendapatkan bantuan profesional bagi memastikan keselamatannya terjamin.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Zahnita | mStar