Inisiatif Pullman Kuching di bawah payung Diversity, Equity and Inclusion (DEI)
Kongsi Kasih Bersama Pullman Kuching, Bufet Ramadan Sambil Menderma. Pernahkah anda terfikir bahawa setiap suapan Kambing Golek yang anda nikmati semasa berbuka puasa sebenarnya boleh mengubah hidup seseorang? Di Pullman Kuching, Ramadan 2026 bukan lagi sekadar pesta makanan, tetapi sebuah misi besar untuk menyebarkan sinar harapan kepada komuniti di sekeliling kita.
Bagi Pullman Kuching, hospitaliti bukan hanya tentang bilik yang selesa atau makanan yang lazat. Melalui kerangka terbaharu mereka, “Where Hope Rises”, di bawah payung Diversity, Equity and Inclusion (DEI), hotel ini ingin membuktikan bahawa mereka adalah sebahagian daripada nadi Sarawak.

Hospitaliti Yang Berjiwa
Menurut Pengurus Besar Pullman Kuching, Encik Sunardi Song, inisiatif ini bukanlah kempen one-off atau gimik pemasaran semata-mata. Sebaliknya, ia adalah komitmen jangka panjang untuk memastikan setiap individu merasa dihargai dan memiliki tempat di sini, tanpa mengira latar belakang. “Apabila orang daripada pelbagai lapisan masyarakat boleh duduk di meja yang sama dan berkongsi detik, di situlah hospitaliti benar-benar memberi perbezaan,” kongsi beliau.

RM10 Disumbangkan Untuk Amal Jariah Menjadikan Setiap Tempahan Bermakna
Apa yang membuatkan Ramadan kali ini sangat istimewa adalah inisiatif “Kongsi Kasih Bersama Pullman Kuching”. Untuk setiap pembelian bufet Ramadan tahun ini, pihak hotel akan menderma RM10 kepada mereka yang memerlukan.
Ini bermakna, sambil anda berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan, anda sebenarnya sedang melakukan amal jariah secara langsung. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyokong komuniti wanita Penan dengan membeli beg anyaman tangan eksklusif daripada Penan Women Project yang dipamerkan di hotel tersebut.
Pullman Kuching Santuni Anak Yatim dalam Acara Senja di Puncak Harapan
Baru-baru ini, suasana di mercu tanda ikonik Kuching ini menjadi cukup sayu dan bermakna melalui acara “Senja di Puncak Harapan”. Majlis ini menyatukan 60 kanak-kanak dan guru dari PERYATIM Kuching, wakil komuniti Penan, serta kakitangan hotel dalam satu majlis makan malam yang penuh kemesraan. Di sinilah kita dapat melihat bagaimana jurang perbezaan dirapatkan melalui perkongsian rezeki dan interaksi yang jujur.

Culina Bazaar Nights, Citarasa Asia Dalam Suasana Pasar
Bagi anda yang tertanya-tanya tentang hidangan juadah makan malam Ramadan Pullman Kuching tahun ini, Culina Bazaar Nights bakal berlangsung dari 19 Februari hingga 20 Mac 2026 di Culina Pan-Asian Restaurant. Konsepnya sangat menarik – seolah-olah anda sedang berjalan di bazar makanan yang meriah tetapi dalam suasana hotel yang eksklusif.
Antara star of the show yang wajib dicuba:
- Signature Kambing Golek & pelbagai pilihan Bakar.
- Juadah tempatan Sarawak yang asli.
- Pencuci mulut comfort food seperti ABC, Cendol, dan Lemang.


Harga Bufet Culina Bazaar Nights:
- Dewasa: RM238+
- Warga Emas: RM190+
- Kanak-kanak: RM119+
Sertai Misi “Where Hope Rises”
Sejajar dengan semangat Visit Malaysia 2026, Pullman Kuching mengajak kita semua untuk melihat Sarawak bukan hanya dari segi keindahan tempatnya, tetapi melalui nilai kebersamaan masyarakatnya.
Jadi, jika anda mencari lokasi berbuka yang bukan sahaja mengenyangkan perut tetapi juga memenuhi jiwa dengan amal kebaikan, inilah tempatnya.
Anda digalakkan untuk membuat tempahan kerana tempat adalah terhad. Untuk tempahan, anda boleh hubungi 016-879 6105 atau 082-222 888, atau layari www.pullmankuching.com/special-offers.
Ini pula menu mewah Tahun Baharu Cina di Pullman Kuching tahun ini:
Abalone Dalam Yee Sang dan Itik Beijing Premium, Intai Menu Mewah CNY Pullman Kuching
Kuching Dinobat Antara Destinasi Musim Panas Paling Murah Untuk Dilawati di Asia
