Kongsi Lirik Lagu ‘Makan Dalam', Entri Mamat Sepah Tuju Pada Siapa? - "Waktu Susah Kau Cari Aku, Waktu Senang ..."

6 Aug 2024 • 3:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelawak terkenal iaitu Mamat Sepah mencuri perhatian apabila berkongsi lirik lagu ‘Hitam Manisan’ nyanyian asal kumpulan rock lagenda, Olan menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story).

Tujukan Kepada Rakan Lama?

Menerusi entri tersebut, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad seakan-akan memberi bayangan bahawa dirinya berasa ralat dengan tindakan seorang individu yang ‘hilang’ dari sisinya bila sudah mencapai kejayaan.

“Waktu susah kau cari aku,

Waktu senang engkau tinggalkan aku,

Begitulah sikapmu yang tak tahu kenang budi,” bait lirik yang dikongsikan Mamat.

Sementara itu, pelawak Shuib dilihat turut memuat naik posting dengan hanya menulis ‘A Plus’ menerusi IG Storynya.

image is not available

Sekadar info, baru-baru ini seorang pelawak yang juga merupakan kumpulan Sepahtu memuat naik hantaran menzahirkan rasa kurang senang apabila namanya ‘ditunggang’ dalam sebuah sesi podcast.

Pelawak berkenaan juga menyatakan cerita yang dikongsikan tentang dirinya semasa sesi podcast yang diadakan oleh Shuib dan Mamat ditokok tambah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved