“Waktu susah kau cari, waktu senang tinggalkan aku” – Mamat Sepah Sindir Siapa?

Entertainment
6 Aug 2024 • 12:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelawak Mamat Sepah baru-baru ini ada muat naik satu perkongsian menerusi IG Story miliknya yang telah mencuri tumpuan ramai.

Dia dilihat memuat naik lirik lagu daripada penyanyi rock lagenda, Olan yang berjudul Hitam Manisan itu menggambarkan seperti mempunyai rasa ralat terhadap sikap seseorang yang lupa diri.

“Waktu susah kau cari aku,

Waktu senang engkau tinggalkan aku,

Begitulah sikapmu yang tak tahu kenang budi.”

Ia juga dilampirkan dengan satu gambar animasi dengan tulisan jawi perkataan ‘Maharaja Lawak Mega’.

image is not available

Sementara itu, Shuib juga turut memuat naik satu hantaran yang hanya menulis ‘A plus’. Berdasarkan permerhatian kami, kenyataan yang mereka muat naik ini dibuat selepas Jep Sepahtu memberikan respon terhadap satu sesi podcast.

image is not available

Namun begitu ia masih belum dikenalpasti sama ada ia memang ditujukan kepada Jep atau tidak.

Sebelum ini, Jep ada tampil memberi satu kenyataan apabila namanya dipetik dalam satu sesi podcast dan menegaskan bahawa kisah yang dikaitkan dengan dirinya itu telah ditokok tambah.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.