Kongsi momen bahagia, ada netizen tuduh Fattah Amin ‘try hard’ nak nampak romantik!

EntertainmentLifestyle
18 Sep 2025 • 10:00 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon terkenal Fattah Amin terus menjadi perhatian ramai apabila sah bergelar suami kepada penyanyi, Amira Othman pada Ahad lalu.

Nampak macam ‘try hard’ nak romantik

Menerusi perkongsian di Threads, memaparkan Fattah dan Amira begitu bahagia menjalani kehidupan selepas menikah dan berkongsi momen mesra sebelum berangkat ke luar negara untuk berbulan madu.

image is not available

Dalam perkongsian sama, pasangan ini dilihat saling menyuap makanan antara satu sama lain, menaiki bot bersama dan meluangkan waktu di tepi pantai.

Difahamkan, kini Fattah dan Amira sudah berada di Zurich, Switzerland untuk berbulan madu dan dijadualkan ke beberapa destinasi lain namun tidak diperincikan lokasinya.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen warganet tumpang gembira melihat pasangan itu bahagia dan mendoakan agar rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke Jannah.

Malah ada juga wargamaya yang meluahkan rasa kurang senang melihat mereka bermesra setelah sah menjadi suami isteri dan menganggap ia sekadar konten di media sosial sahaja.

Nampak rilek, jadi diri sendiri

image is not available

Terus bahagia

image is not available

Nampak macam try hard

image is not available

Untuk rekod, Fattah sah bergelar suami kepada Amira selepas diijabkabulkan dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Golden Palm Tree Malaysia, Sepang, Selangor pada malam Ahad.

image is not available

Pasangan itu dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dengan disaksikan bapa pengantin perempuan.

Sumber: Threads storybyadibaizat