Ramai Ugut Nak ‘Unfollow’, Anzalna Nasir Kongsi Jumlah Pengikut Mencanak Naik – “Netizen Sebenarnya Berhati Baik”

EntertainmentLifestyle
18 Sep 2025 • 3:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan pelakon Anzalna Nasir menafikan dakwaan kononnya dia bakal diboikot gara-gara menjadi pembawa dulang hantaran pada majlis pernikahan pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman.

Menurut Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir, 37, isu berkenaan langsung tidak menjejaskan jumlah pengikut di media sosial, malah sebaliknya semakin meningkat sejak kisah itu tular.

image is not available

Katanya menerusi entri di Threads,

Ya saya tahu benda ini tak penting sangat, tapi saja nak kongsi. Followers saya di Instagram, Threads dan TikTok semua naik. Maksudnya tak ada pun yang unfollow atau boikot. Netizen sebenarnya berhati baik, tak seperti yang digembar-gemburkan.

Dalam nada rendah diri, Anzalna turut memohon maaf jika ada tindakannya yang menyinggung mana-mana pihak. “Jangan marah-marah lagi, okey. Saya minta maaf kalau ada salah silap. Maruah takkan jatuh bila kita merendah diri. Sayang semua,” ujarnya.

Sebelum ini, segelintir netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perkahwinan Fattah dan Amira hingga mengugut mahu memboikot Anzalna serta nyah ikut akaun media sosialnya. Selain Anzalna, beberapa artis lain seperti Ernie Zakri, Hawa Rizwana dan Nabila Razali turut terkena tempias isu sama.

image is not available 2025-09-17 11:06:59

Diugut 'Unfollow' Dek Jadi 'Dulang Girl' Fattah & Amira, Anzalna Beri Respon - "Ada Suka Ada Tak Suka, Kita Chill Je"